KOTAK KECIL sesuai dijadikan bekas cenderahati di Hari Majlis Perkahwinan atau Majlis Keraian. KOTAK KECIL boleh diisi dengan cenderahati, telur, kek, coklat, gula-gula dan sebagainya. Ianya terdapat dalam pelbagai rekaan, saiz dan pilihan warna yang menarik. KOTAK KECIL amat comel dan ianya sesuai diberikan kepada tetamu.


Syarat Tempahan


1. Tempahan minimum adalah 50 unit.
2. Tempahan perlu dimaklumkan 1 bulan awal dari tarikh majlis (lebih awal lebih baik) dan bergantung kepada banyak atau sedikitnya tempahan. Jika tempahan di bawah 500 unit, tempoh siap adalah 2 minggu sahaja.
3. Deposit 50% dikenakan apabila tempahan telah dipersetujui dan baki bayaran perlu dijelaskan apabila tempahan telah siap/diterima.
4. Anda boleh mengambil tempahan anda melalui cara berjumpa kami di tempat dan tarikh yang dipersetujui atau kami akan hantar melalui Perkhidmatan Kurier (caj penghantaran akan dikenakan).